Sunday 12 January 2014

MILIK SIAPAKAH BAYI ITU

bismillah..
moga yg tercoret ini..
menjadi ingatan buat diri sy...

tentang peri pedihnya cinta yg terlarang itu...
gusarnya dada pada dosa yg terpalit...
sungguh,mendapat perkhabaran bahawa bayi itu..
mungkin bukan milik si ayah...membuat kosong fikiran sy sebentar...
apabila seorang kenalan memohon sy utk memastikan bayi itu..
bukan miliknya..membuat sy terpukul...
dan hingga saat ini..
masih sukar utk menghadam..
tanggungjawab apakah ini...
dan kenalan sy itu,bagaikan hilang arah..
mahukan kepastian tentang bayi itu..

sungguh,yg terbit di hati ini..
syukur,hari ni sy di sini..
esok lusa,belum tentu lagi..
mungkin saja sy kan bernasib sepertinya..
jika iman ini tidak sy bajai..
tiada layak sy menghukum atau memasang anggapan...
sebab hina mulia sy,DIA yg tentukan...
sedang sy punya dosa yg ALLAH hijabkan..
agar sy mampu meneruskan hidup..
mungkin sebagai tanda..
supaya sy menghulurkan tangan..
agar tiada rebah muslimah di sana..
sepertinya rebahnya sy dlm tangisan kekesalan..
sungguh,sy terlalu hina..
bukan tidak pernah sy lalui zaman kejahilan itu..
kejahilan yg sy sedari tp tetap sy nikmati..
cuma mungkin sy sedikit terpelihara..
agar sy tidak mati..
sungguh..ini semua kerana ALLAH..

menggigil dlm sendu..
ketakutan yg teramat sangat..
kerna sy juga punya dosa..
dan sy juga manusia..
tiada beza antara kita..

duhai sahabat..
sungguh,peritnya pd yg bergelar dosa itu..
menikam-nikam ulu hati
namun rahmatNYA tiada bertepi..
moga mudah perjalananMU untuk kembali..
tentang bayi itu..
bersamalah kita mohon kesejahteraan dirinya...
darah siapa yg mengalir dlm dirinya..
moga bukan seperti yg kau gusarkan..



Saturday 11 January 2014

THERE IS NO TIME TO WAIT

i'm gonna take this seriously...
sikit jer lagi...
ape nak jadi,jadila..
perceive me in whatever way u want..
i'm gonna do this..
seriously..
seriously..
that girl..
she won't be the same..
anymore...
tersentap bila ditegur sahabat,
"kata nak buat betul2,kata nak tajdid"
T.T
she is right,tak patut sy mudah-mudahnya terpedaya..
be strong ! fighting !

Saturday 9 November 2013

bismillah...
alhamdulillah..
i went there,AGAIN,AGAIN..
sungguh,tak sangka punya peluang tuk bertemu mereka lagi,sekali LAGI..
di bawah seliaan GAMIS,sy,nisa n awin berpeluang melawat mereka..
bersama sahabat2 yg lain..
matlamat sy satu..mencari kekuatan..
nahhh,kalau org tanya apa yg ingin sy beri pd mereka,sy hanya mampu beri ruang
ruang tuk berkongsi kasih,berkongsi rasa
kerna tuk berkongsi ilmu jua pengalaman,sy tersangat kerdil berbanding mereka

adik2 di raudhatus sakinah melalui proses rawatan yg pd perkiraan sy lebih2 hebat dr kita di luar sini
bangun seawal 3.30 pg utk qiamullail disertai ibadah dan zikir yg tak pernah putus
usrah pula menjadi rutin
awak mampu?

mungkin sekali ceritera mereka yg dahulu kala tak seindah kita yg konon2 sukses bersama keluarga bahagea membahageakan ni
tp sesungguhnya,rahmat ALLAH tiada terbanding
mereka diuji dgn godaan yg dahsyat 
dgn rahmat ALLAH jua,mereka ke rumah ini
rahmat maha agung di balik ujian
ujian yg mungkin sekali andai ditimpa atas kita
yg punya kisah yg konon2 indah ini
belum tentu mampu tuk kita tempuhi
sungguh,ujian dahsyat,
utk org hebat

dan pd kedua kalinya
sy terus-terusan merasa kagum
pada adab dan tertibnya mereka berbicara
pada rasa dan sendu yg mahu diselindung
pada senyum menelan kelatnya berbadan dua tanpa suami tempat bernanung
moga kau kuat adik2ku !

dan syurga, neraka, keduanya untuk pendosa
dan pada pendosa2 itulah jua penentu arah tuju
pengakhiran hidup mereka
syurga atau sebaliknya

selepas lawatan sy yg pertama dgn QYC dulu
sy dan nisa sibuk2 utk pergi lagi
tak tahu bila dan bagaimana
tp ALLAH maha mendengar
peluang bergolek-golek,gedebuk! depan mata
dan seperti yg dijangka
kami banyak menerima dari memberi
melihat keberadaan mereka di sebuah teratak
terasing dr duniawi
tp penuh kecintaan pd ilahi
sy tertunduk
sepi

walau mereka kurang bicaranya
tp penuh rasa
cinta ini bukan untuk kita2 sahaja
tp untuk semua
moga cinta ini bertebaran seantero dunia
cinta itu dari syurga ke syurga

dan ini tarbiah
dari ALLAH
agar sahaja sy tidak perasan hebat
agar sahaja sy sentiasa beringat
tentang letak duduknya sy di mana
kecintaan sy di mana
apa sy gigih membantu jua menghulur
demi kemaslahatan agama ini
demi menyubur cinta ilahi di hati ini
jua menyemai cinta ilahi di hati yg lain
fi hifzillah adik2ku sayang
betapa kasih dan rahmat ALLAH itu
tak kan bisa kau hitung
tp terus2lah di jalan ini
kerna sepanjang perjalanan ini
sudah ada bahagian untukmu di syurga sana
sebelum kau temu ya ilahi,ya rabbul alamin

@mirah1109131618


Tuesday 29 October 2013

bismillah.....


TUDUNG WANITA itu ada empat iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati..

Apa MAKSUD disebaliknya?
~ Tudung pada WAJAH : jangan sampai wajahnya mengundang FITNAH..kecantikan adalah pingitan buat suami, BUKAN PAMERAN untuk lelaki ajnabi..
~ Tudung pada MATA : jangan matanya MEMANDANG lelaki lain selain muhramnya..solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang..
~ Tudung pada SUARA : JANGAN DILUNAK-LUNAKKAN dengan tujuan memikat dan mempesona..
~ Tudung pada HATI : MENGINGATI Allah dengan tasbih..



#repost

di atas ini
sesuatu yg pernah sy paparkan DULU
atas dasar perkongsian
tp sy lupa utk dijadikan peringatan
utk diri sy sendiri

sungguh,sy sedang belajar memahami tentang bagaimana memakai tudung pd wajah ,pada mata,pada suara dan pada hati

tika mana sy seorang yg sgt up-to-date dgn fesyen2 tudung terkini..
utk melabuhkan lembaran kain penutup kepala, berlandaskan atas rasa rendah diri,sy betul2 bertarung dgn rasa

hari ini rasanya begini
esok rasanya begitu
meletakkan kecantikan adalah pingitan buat suami
sy belajar memupuk rasa malu
agar senyum itu,ketawa itu,gurauan itu adalah sekadarnya..
andai saja sy cukup kuat,cukup kental,ingin sekali sy utk menambah seperca kain buat penutup wajah
biar mata ini sahaja yg berbicara
andai..tak bermakna tak mahu..
mungkin nanti...

betapa berbisa panahan mata hingga tertusuk di hati
bisa membuat onar berdarah lg bernanah
tika hati menyimpan seribu satu rasa
bertentang mata pula menggoncang jutaan rasa
menundukkan pandangan dlm memohon kerendahan hati
mununtut hati terus berbicara sendiri
agar terus tunduk
tunduk
dan tunduk
walau terpana dek keindahan paras
ataupun dek terserempak si pujaan hati
tunduk,kembali tunduk
tetap yg pertama sahaja rezeki
tetap tak berubah
tetap

dan sy,gadis bersuara lantang
dari hulu ke hilir bisa kedengaran
dan kerap kalinya tidak sy sedari
lantang lagi bingit suara ini
kadang cuba berbisik-bisik
bila mana ketawa
dihambur segala
bila mana mengadu nasib
digedikkan suara minta simpati
bukan org lain tp sy
dan cukup sekadar itu
sudah cukup sudah
berbicaralah yg perlu
mengadulah pd yg layak
pinta pertolongan jgnlah terlampau
kerana suara ini sedang memakai hijab
dan harus terus memakainya

dan hati
ingin sy hijab
ingin sy bungkus
ingin sy penjara
agar tak ingat yg lain
agar tak mahu yg lain
agar tak rindu yg lain
agar tak butuh yg lain
tapi ALLAH
cuma ALLAH

berada dalam proses ini,cukup2 menguji,perlu digagahi..
sebab sy si PENDOSA..
managih cinta sang pencipta..
menangis tiada tara,masih tak tertebus limpahan dosa
doakan,doakan,doakan...

moga dikurnia sebaik-baik pendamping agar tetap utuh dlm cintaNYA
kerna sy temui cinta dalam cinta,dan sy mahu kekal keduanya..
walau tiada layak sy si PENDOSA memasang anganan
utk impian jadi kenyataan
hati tetap terus berharap
harap
harap
dan harap

@mirah3010131207


Wednesday 16 October 2013

its whirlwind inside 
ain't cool at all
aggrieved
indignant
assaulting the soul 
a girl no more
a woman
to be
a mutadayenah
to be or not to be 

just have a glimpse
she's pretty cognizant
but barely able to stay
strong

still
it is a must
no one excluded
to hold
sturdily
to the rope
and time's ticking

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’
{ال عـمران 103}

And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided.

curiosity
determination
enthusiasm
steadfast
are needed badly !

pause
let it go
let it be
let it free
to shine

pause
be you
be just you
like a boss

ehhh,ehh boss ??
pe kejadahnya?
@.@

161013_2350

Sunday 22 September 2013

bebas itu,menjadi yg tidak memandang jua tidak dipandang..
dan malu, itu penghijab kalbu..
andai iman itu benar,
kukuh dlm lingkup sekeping HATI..
mungkin sekali,mustahil pada pandangan maknawi...
namun tidak pada yang Terabadi..

menjadi sang hawa tanpa emosi..
itu fantasi..
nahh,pesannya QURAN sebagai sahabat sejati..
itu hakiki..

belajarlah,percayalah pada naluri..
moga terbimbing dalam kasih ILAHI..
kerna ini ceritera realiti..
bukan dongengan puteri dan pari-pari...
yg bahagianya sudah pasti...

jika sebuah kepercayaan menjadi galang ganti...
pautkanlah aku dalam redhamu ya RABBI..
agar hati ini tidak mati..

kerna aku tetap wanita biasa,
dengan rasa yg tak tentu hala...
merayu pada kasih yg luar biasa...
dan hanya padamu yg KUASA,
aku serah segala-gala..
kerna aku perlu PERCAYA,PERCAYA,PERCAYA..
agar aku menjadi seperti mereka..
yg kasihnya padaMU tiada bersempadan..
agama yg sempurna,sejuta impian..

@mirah220913

Friday 30 August 2013

ada sendu dalam tawa
ada sesak dalam sunyi
ingin diluah tp tertahan
bukan semua perlu dijaja
mungkin?

ketakutan apakah ini?
merenggut hati penuh rakus !
bayang2 apakah ini?
hitam kelamnya membunuh !
bingar apakah ini ?
desingnya menikam-nikam !

sungguh,
daging itu masih lemah
daging itu masih berjelaga
daging itu masih sakit
daging yg bergelar hati itu,
menangis sendiri

ampuni
kasihi
rahmati
tuntuni
AKU

kerna AKU mahu JADI seperti KAMU
yg merindukan syahid fisabilillah
hanya untuk ALLAH,ALLAH,ALLAH..