Saturday 9 November 2013

bismillah...
alhamdulillah..
i went there,AGAIN,AGAIN..
sungguh,tak sangka punya peluang tuk bertemu mereka lagi,sekali LAGI..
di bawah seliaan GAMIS,sy,nisa n awin berpeluang melawat mereka..
bersama sahabat2 yg lain..
matlamat sy satu..mencari kekuatan..
nahhh,kalau org tanya apa yg ingin sy beri pd mereka,sy hanya mampu beri ruang
ruang tuk berkongsi kasih,berkongsi rasa
kerna tuk berkongsi ilmu jua pengalaman,sy tersangat kerdil berbanding mereka

adik2 di raudhatus sakinah melalui proses rawatan yg pd perkiraan sy lebih2 hebat dr kita di luar sini
bangun seawal 3.30 pg utk qiamullail disertai ibadah dan zikir yg tak pernah putus
usrah pula menjadi rutin
awak mampu?

mungkin sekali ceritera mereka yg dahulu kala tak seindah kita yg konon2 sukses bersama keluarga bahagea membahageakan ni
tp sesungguhnya,rahmat ALLAH tiada terbanding
mereka diuji dgn godaan yg dahsyat 
dgn rahmat ALLAH jua,mereka ke rumah ini
rahmat maha agung di balik ujian
ujian yg mungkin sekali andai ditimpa atas kita
yg punya kisah yg konon2 indah ini
belum tentu mampu tuk kita tempuhi
sungguh,ujian dahsyat,
utk org hebat

dan pd kedua kalinya
sy terus-terusan merasa kagum
pada adab dan tertibnya mereka berbicara
pada rasa dan sendu yg mahu diselindung
pada senyum menelan kelatnya berbadan dua tanpa suami tempat bernanung
moga kau kuat adik2ku !

dan syurga, neraka, keduanya untuk pendosa
dan pada pendosa2 itulah jua penentu arah tuju
pengakhiran hidup mereka
syurga atau sebaliknya

selepas lawatan sy yg pertama dgn QYC dulu
sy dan nisa sibuk2 utk pergi lagi
tak tahu bila dan bagaimana
tp ALLAH maha mendengar
peluang bergolek-golek,gedebuk! depan mata
dan seperti yg dijangka
kami banyak menerima dari memberi
melihat keberadaan mereka di sebuah teratak
terasing dr duniawi
tp penuh kecintaan pd ilahi
sy tertunduk
sepi

walau mereka kurang bicaranya
tp penuh rasa
cinta ini bukan untuk kita2 sahaja
tp untuk semua
moga cinta ini bertebaran seantero dunia
cinta itu dari syurga ke syurga

dan ini tarbiah
dari ALLAH
agar sahaja sy tidak perasan hebat
agar sahaja sy sentiasa beringat
tentang letak duduknya sy di mana
kecintaan sy di mana
apa sy gigih membantu jua menghulur
demi kemaslahatan agama ini
demi menyubur cinta ilahi di hati ini
jua menyemai cinta ilahi di hati yg lain
fi hifzillah adik2ku sayang
betapa kasih dan rahmat ALLAH itu
tak kan bisa kau hitung
tp terus2lah di jalan ini
kerna sepanjang perjalanan ini
sudah ada bahagian untukmu di syurga sana
sebelum kau temu ya ilahi,ya rabbul alamin

@mirah1109131618


No comments:

Post a Comment