Saturday 9 November 2013

bismillah...
alhamdulillah..
i went there,AGAIN,AGAIN..
sungguh,tak sangka punya peluang tuk bertemu mereka lagi,sekali LAGI..
di bawah seliaan GAMIS,sy,nisa n awin berpeluang melawat mereka..
bersama sahabat2 yg lain..
matlamat sy satu..mencari kekuatan..
nahhh,kalau org tanya apa yg ingin sy beri pd mereka,sy hanya mampu beri ruang
ruang tuk berkongsi kasih,berkongsi rasa
kerna tuk berkongsi ilmu jua pengalaman,sy tersangat kerdil berbanding mereka

adik2 di raudhatus sakinah melalui proses rawatan yg pd perkiraan sy lebih2 hebat dr kita di luar sini
bangun seawal 3.30 pg utk qiamullail disertai ibadah dan zikir yg tak pernah putus
usrah pula menjadi rutin
awak mampu?

mungkin sekali ceritera mereka yg dahulu kala tak seindah kita yg konon2 sukses bersama keluarga bahagea membahageakan ni
tp sesungguhnya,rahmat ALLAH tiada terbanding
mereka diuji dgn godaan yg dahsyat 
dgn rahmat ALLAH jua,mereka ke rumah ini
rahmat maha agung di balik ujian
ujian yg mungkin sekali andai ditimpa atas kita
yg punya kisah yg konon2 indah ini
belum tentu mampu tuk kita tempuhi
sungguh,ujian dahsyat,
utk org hebat

dan pd kedua kalinya
sy terus-terusan merasa kagum
pada adab dan tertibnya mereka berbicara
pada rasa dan sendu yg mahu diselindung
pada senyum menelan kelatnya berbadan dua tanpa suami tempat bernanung
moga kau kuat adik2ku !

dan syurga, neraka, keduanya untuk pendosa
dan pada pendosa2 itulah jua penentu arah tuju
pengakhiran hidup mereka
syurga atau sebaliknya

selepas lawatan sy yg pertama dgn QYC dulu
sy dan nisa sibuk2 utk pergi lagi
tak tahu bila dan bagaimana
tp ALLAH maha mendengar
peluang bergolek-golek,gedebuk! depan mata
dan seperti yg dijangka
kami banyak menerima dari memberi
melihat keberadaan mereka di sebuah teratak
terasing dr duniawi
tp penuh kecintaan pd ilahi
sy tertunduk
sepi

walau mereka kurang bicaranya
tp penuh rasa
cinta ini bukan untuk kita2 sahaja
tp untuk semua
moga cinta ini bertebaran seantero dunia
cinta itu dari syurga ke syurga

dan ini tarbiah
dari ALLAH
agar sahaja sy tidak perasan hebat
agar sahaja sy sentiasa beringat
tentang letak duduknya sy di mana
kecintaan sy di mana
apa sy gigih membantu jua menghulur
demi kemaslahatan agama ini
demi menyubur cinta ilahi di hati ini
jua menyemai cinta ilahi di hati yg lain
fi hifzillah adik2ku sayang
betapa kasih dan rahmat ALLAH itu
tak kan bisa kau hitung
tp terus2lah di jalan ini
kerna sepanjang perjalanan ini
sudah ada bahagian untukmu di syurga sana
sebelum kau temu ya ilahi,ya rabbul alamin

@mirah1109131618


Tuesday 29 October 2013

bismillah.....


TUDUNG WANITA itu ada empat iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara dan tudung pada hati..

Apa MAKSUD disebaliknya?
~ Tudung pada WAJAH : jangan sampai wajahnya mengundang FITNAH..kecantikan adalah pingitan buat suami, BUKAN PAMERAN untuk lelaki ajnabi..
~ Tudung pada MATA : jangan matanya MEMANDANG lelaki lain selain muhramnya..solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang..
~ Tudung pada SUARA : JANGAN DILUNAK-LUNAKKAN dengan tujuan memikat dan mempesona..
~ Tudung pada HATI : MENGINGATI Allah dengan tasbih..



#repost

di atas ini
sesuatu yg pernah sy paparkan DULU
atas dasar perkongsian
tp sy lupa utk dijadikan peringatan
utk diri sy sendiri

sungguh,sy sedang belajar memahami tentang bagaimana memakai tudung pd wajah ,pada mata,pada suara dan pada hati

tika mana sy seorang yg sgt up-to-date dgn fesyen2 tudung terkini..
utk melabuhkan lembaran kain penutup kepala, berlandaskan atas rasa rendah diri,sy betul2 bertarung dgn rasa

hari ini rasanya begini
esok rasanya begitu
meletakkan kecantikan adalah pingitan buat suami
sy belajar memupuk rasa malu
agar senyum itu,ketawa itu,gurauan itu adalah sekadarnya..
andai saja sy cukup kuat,cukup kental,ingin sekali sy utk menambah seperca kain buat penutup wajah
biar mata ini sahaja yg berbicara
andai..tak bermakna tak mahu..
mungkin nanti...

betapa berbisa panahan mata hingga tertusuk di hati
bisa membuat onar berdarah lg bernanah
tika hati menyimpan seribu satu rasa
bertentang mata pula menggoncang jutaan rasa
menundukkan pandangan dlm memohon kerendahan hati
mununtut hati terus berbicara sendiri
agar terus tunduk
tunduk
dan tunduk
walau terpana dek keindahan paras
ataupun dek terserempak si pujaan hati
tunduk,kembali tunduk
tetap yg pertama sahaja rezeki
tetap tak berubah
tetap

dan sy,gadis bersuara lantang
dari hulu ke hilir bisa kedengaran
dan kerap kalinya tidak sy sedari
lantang lagi bingit suara ini
kadang cuba berbisik-bisik
bila mana ketawa
dihambur segala
bila mana mengadu nasib
digedikkan suara minta simpati
bukan org lain tp sy
dan cukup sekadar itu
sudah cukup sudah
berbicaralah yg perlu
mengadulah pd yg layak
pinta pertolongan jgnlah terlampau
kerana suara ini sedang memakai hijab
dan harus terus memakainya

dan hati
ingin sy hijab
ingin sy bungkus
ingin sy penjara
agar tak ingat yg lain
agar tak mahu yg lain
agar tak rindu yg lain
agar tak butuh yg lain
tapi ALLAH
cuma ALLAH

berada dalam proses ini,cukup2 menguji,perlu digagahi..
sebab sy si PENDOSA..
managih cinta sang pencipta..
menangis tiada tara,masih tak tertebus limpahan dosa
doakan,doakan,doakan...

moga dikurnia sebaik-baik pendamping agar tetap utuh dlm cintaNYA
kerna sy temui cinta dalam cinta,dan sy mahu kekal keduanya..
walau tiada layak sy si PENDOSA memasang anganan
utk impian jadi kenyataan
hati tetap terus berharap
harap
harap
dan harap

@mirah3010131207


Wednesday 16 October 2013

its whirlwind inside 
ain't cool at all
aggrieved
indignant
assaulting the soul 
a girl no more
a woman
to be
a mutadayenah
to be or not to be 

just have a glimpse
she's pretty cognizant
but barely able to stay
strong

still
it is a must
no one excluded
to hold
sturdily
to the rope
and time's ticking

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’
{ال عـمران 103}

And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided.

curiosity
determination
enthusiasm
steadfast
are needed badly !

pause
let it go
let it be
let it free
to shine

pause
be you
be just you
like a boss

ehhh,ehh boss ??
pe kejadahnya?
@.@

161013_2350

Sunday 22 September 2013

bebas itu,menjadi yg tidak memandang jua tidak dipandang..
dan malu, itu penghijab kalbu..
andai iman itu benar,
kukuh dlm lingkup sekeping HATI..
mungkin sekali,mustahil pada pandangan maknawi...
namun tidak pada yang Terabadi..

menjadi sang hawa tanpa emosi..
itu fantasi..
nahh,pesannya QURAN sebagai sahabat sejati..
itu hakiki..

belajarlah,percayalah pada naluri..
moga terbimbing dalam kasih ILAHI..
kerna ini ceritera realiti..
bukan dongengan puteri dan pari-pari...
yg bahagianya sudah pasti...

jika sebuah kepercayaan menjadi galang ganti...
pautkanlah aku dalam redhamu ya RABBI..
agar hati ini tidak mati..

kerna aku tetap wanita biasa,
dengan rasa yg tak tentu hala...
merayu pada kasih yg luar biasa...
dan hanya padamu yg KUASA,
aku serah segala-gala..
kerna aku perlu PERCAYA,PERCAYA,PERCAYA..
agar aku menjadi seperti mereka..
yg kasihnya padaMU tiada bersempadan..
agama yg sempurna,sejuta impian..

@mirah220913

Friday 30 August 2013

ada sendu dalam tawa
ada sesak dalam sunyi
ingin diluah tp tertahan
bukan semua perlu dijaja
mungkin?

ketakutan apakah ini?
merenggut hati penuh rakus !
bayang2 apakah ini?
hitam kelamnya membunuh !
bingar apakah ini ?
desingnya menikam-nikam !

sungguh,
daging itu masih lemah
daging itu masih berjelaga
daging itu masih sakit
daging yg bergelar hati itu,
menangis sendiri

ampuni
kasihi
rahmati
tuntuni
AKU

kerna AKU mahu JADI seperti KAMU
yg merindukan syahid fisabilillah
hanya untuk ALLAH,ALLAH,ALLAH..

Friday 14 June 2013

13 June 2013



Hari pertama di rumah…hehe,macam biasa,kerja2 bibik perlu dijalankan..umi  belikan barang2 nak masak asam pedas,tengok2 barang..haisshhhh,dah lama tak masak,  mula blur semacam..bila umi tepon,aku tanya umi balik bila,konon nak ajak masak sama padahal dah lupa..hahahahha…

Lepas makan tengahari,aku dok sibuk buat jadual auni..hemmm lately aku tengok budak sorang ni bukan main happy berjimba2..masa aku kecik dulu,jangan mimpila nak tengok tv kalau bukan weekend..tapi dia ni,sungguh tenang menonton tv siap ajak aku nengok cd lagi..hailaaa auni…so aku sebagai kakak yang  bajet berkuasa ni,aku buatkanla jadual dia..
tara!!! hodoh kannn..haha,belasahla..janji ada..



Alhamdulillah, dia ok jer nak follow..tapi aku takla biar je dia..aku buat sama2 dgn dia so that dia takla rasa macam dia sorang je nak kena buat itu dan ini..aku makan sama dengan dia,tidur,riadah and ajar dia ngaji..

Part ngaji ni,dia pesan siap2 da,akak jangan buat adik nangis..hahahha…nasib la dik oiii..dapat kakak garang macam singa..but kali ni,aku ajar dia,ok jer pasal dia ngaji pon not bad..just makhraj huruf adala yg dia malas nak gerakkan mulut dia and tajwid yang dia belum mahir..itu biasa..asalkan jangan tinggal quran tu..well,practice makes perfect..without fail..huhu..

Biasa petang dia tak tidur tapi tadi aku paksa jugak sebab aku nak bagi dia tidur lewat sikit malam..hehehe..now dia da tidur,ngantuk sangat bila suruh menghafal..cuba bagi ngadap PC..bulat bijik mata haaaa…

Alhamdulillah I’m here..berbakti pada mereka yg paling layak menerima penghargaan seumur hidup aku..tadi auni bisik kat aku pasal hari bapa..mulalah dia,sibuk nak buat kad bagai..hehe..layankan jer..esok mungkin nizam balik..so,banyak gak yg boleh diplan..

Anyway,esok rasa nak turun pasar..tolong mana yang patut.. so,malam ni kenala kemas umah siap2…bubye everyone..

 14th june 2013 @ 12.21 am 

CHOW KIT ROAD



Salam semua…moga u all dalam lindungan ALLAH selalu…
Hari ni nak share pasal chow kit.. a great great experience I can say..thanks to my dearest zati sebab ajak mira dan nisa join  program ni..



Homeless outreach,mula2 dengar tu,zati ckp just bg makan tok homeless but then bila da naik bus..haaaa..dlm tentative ader sharing moment lagi..kaget kejap..nisa pandang aku ng muka cuak..hehh,ko ingat ko sorang cuak,aku ketaq ni haaa…dengar nk pergi chow kit waktu malam pon da macam2 dalam pale..ape lagi nak sharing moment..takut bukan sebab apa..just takut dgn sesuatu yg kami tak tahu..
Sampai sana, diorang da berkumpul dekat satu kawasan next to jalan..agak ramai gak and program ni sebenarnya under collaboration journalist club dengan NGO luar..mula2, ade ucapan,then ade kuiz pastu pembahagian makanan..
Macam biasa,aku n nisa kalau pergi program macam ni,for surela nak cari pengalaman yg boleh dibuat kenangan..weeee..

Masa program berjalan,aku duduk kat sorang kakak ni..agak kecoh org nya tp nampak macam mudah tuk didekati..she kept on saying “semua org boleh berubah kan,kan” aku just senyum dan angguk..masa sharing moment,sengaja aku duduk kt dia,tak pergi mane2..aku tak bnyak tanya tapi just senyum bile dia bercakap..

Umur dlm linkungan 30an,masih bujang tapi dah ada anak,anak perempuan dan baru berusia 8 bulan…bakal suami tak lama lagi nak peluk Islam dan sekarang tinggal d bawah jambatan dekat sungai kajang..menjadi gelandangan atas pilihan sendiri disebabkan masalah keluarga..dia kena ambil ubat sakit jiwa sedari remaja kerana trauma dirogol masa umur 15 tahun…

Ini cerita kakak tu pd aku,nisa n zati..tak lama pon kami duduk sama dan berkongsi..tp terasa dekat d hati..buah tangan dari chow kit mungkin..kakak tu insist sgt nak ubah hidup dia lepas berkahwin nanti..bila dan bagaimana,moga ALLAH bantu mereka..tak pernah putus memuji ustaz wan,salah seorang tenaga dakwah dari chow kit yg selalu turun padang memberi harapan pada yg memerlukan..

Masa program berjalan,banyak sangat masalah,dari masalah teknikal,masalah gelandangan yg kadang2 susah dikawal,sampaila hingarnya bunyi motor2 mat rempit yg sengaja menggangu program kami..
Kalau diikutkan keadaan tu,apelah sangat yg dapat dikongsikan,dengan bisingnya,dengan tempat yg gelapnya..tp pihak NGO yg menguruskan program tampak ceria..seriously,KAGUM !

Teringat kami student UIA kalau buat program,tempat bukan main selesa,ade air-cond,PA system terbaik dari ladang pun selalu dok mengeluh itu dan ini..MALU !

Mereka yg berada d chow kit sana,belum tentu tak berpelajaran,belum tentu dr keluarga yg miskin tp kebanyakan mereka,bergelar gelandangan sebab tersilap langkah,kejutan budaya dan pengaruh dari sekeliling..then terjebak dengan dadah,maksiat dan lain2..end up hidup merempat di bumi sendiri..

Hai sungguh beruntung kita ni..aku ng nisa lepas balik tu,masing2 termenung..hehe..sebab sebelum ni kami dpt peluang pergi RAUDHATUS SAKINAH..ingatkan tu dah cukup teruji dah,rupanya belum lagi..banyak yg ALLAH nak tunjuk pada kami..supaya kami berbakti pada bumi dan segala isinya mungkin..bila tengok usaha2 orang lain,terasa banyak lagi yg perlu dibaiki,ditambah baik dan mulut ni haaaa..jangan banyak sangat nak complaint kannn…

Anyway,really a great experience..berkongsi rasa pada mereka yg bergelar gelandangan..menggamit rasa bersyukur atas nikmat..moga kami tergolong dalam golongan yg memberi dan golongan yg sedikit,iaitu golongan yg bersyukur..insyaALLAH..annyeong !!!

Sunday 5 May 2013


dlm sepi yg mati
titis-titis embun menemani rasa
ingin dicanang seantero semesta
lemah itu parah
tiada alasan, mesti punya kekuatan
palsu
plastik
aneh
antara dua darjat
yg indah itu ditatang
yg jelik itu dibuang
kerna itu perlu punya kekuatan
walau dibuang masih bisa berbakti
teguh meniti hari

jelak dgn puitisnya janji
indah diungkap, pahit dihadam
ini tidak mungkin main tarik tali
mara dan berundurnya sesuka hati
menyampai titah bak sang raja
dr negeri kayangan
sayang seribu kali sayang
raja kayangan memerintah negeri di daratan
tiada serasi hanya mimpi

kasih ini bukan kasih tiada tara
kasih ini kasih berpada-pada
biar sunyi menutur bicara
tentang penglipur lara sang puteri dan arjuna
jika benar hati-hati itu sama rasa

-amirah 0605131203-
Like ·  · Promote