Thursday 17 November 2011

HE IS MY ONLY STAR



Andai detik itu aku kecapi
Akan aku perihalkan tentang diriku
Kemudian kuukir di tiap inci dunia ini
Agar tiada pernah kau lupa walau sekali

Andai detik itu aku kecapi
Akan aku lontarkan senyuman terindahku
Hanya untukmu
Tiap kali pandangan ini terpana dek renungan matamu

Andai detik itu aku kecapi
Akan aku sambut tiap sapaanmu dengan kata-kata puitis
Yang akan mengusir gundah di hatimu
Lantas mengukir senyuman diwajahmu

Andai detik itu aku kecapi
Akan aku hadiahkan kepadamu sebuah botol
Yang didalamnya berisi jutaan bintang-bintang kecil
Mewakili dirimu duhai bintang hatiku..


Kerana..
Detik-detik yang ku inginkan inilah
Detik cinta pertamaku mengiringiku
Tika alam remaja menjengah mengisi hidupku

Namun tiada satu pun yg telah aku coretkan
Berjaya aku tunaikan
Yang benar-benar terjadi adalah sebaliknya…
Kerana malu menjadi penghijab diriku,menjaga fitrahku

Maafkan aku kerana  dulu
Merahsiakan segalanya tentang diriku

Maafkan aku kerana dulu
Memaling wajah dari renungan matamu

Maafkan aku kerana dulu
diam seribu bahasa membalas panggilanmu

Maafkan aku kerana dulu
Meninggalkanmu tanpa memberI sebarang tanda ingatan..


Dan Kini aku telah dewasa
Lebih mengerti tafsirannya sebuah cinta
Namun kenangan yang terpahat
Rasa yang terpatri
Masih di situ

Sesungguhnya ,letak duduknya cinta itu
Tetap yang terutama pada DIA
Aku mengerti dan ckup mengerti…


Amirah
17/11/2011


aq karang menda ni pon pasal ader sorang membe aq dia ckp dia rindu sajak2 aq..hahahahaha...sajak aq yg jiwang karat dan tah pape...tp jenuh jugakla nk bwat..kalo dulu idea kuar mcm air..ni kena perah sakan bru kuar itupon seciput..hahahahahah...okla..enjoy reading :)



1 comment: